“Ingat Kita Takut Sangat ke? Koreklah Semua Kalau Berani”! Nazri Aziz Cabar Tun M!
Seorang Anggota
Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak gentar dengan ugutan bekas perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendedahkan keburukan mereka.
Datuk
Seri Nazri Aziz berkata Umno terbuka terhadap perkara itu malah beliau
juga pernah mengisytiharkan hartanyanya kepada Dr Mahathir semasa berada
dalam kabinetnya.
Nazri
Aziz Cabar Mahathir. “Koreklah, kita semua terbuka. Datuk Seri Najib
Razak punya kekayaan pun terbuka. Koreklah, kita nak tahu kaya macam
mana.
“Macam saya, keluarga dan anak-anak saya semua orang korek. Tidak ada masalah. Koreklah, nanti kita korek dia punya, baru dia tahu nanti, ingat kita takut sangat ke?“Saya pernah isytihar harta pada dia. Saya pernah jadi menteri pada dia. Kita sentiasa buat pengisytiharan, apa nak takut,” katanya.
Nazri
berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perlawanan Bola
Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran
Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.
Dr Mahathir semalam memberi amaran kepada pesaing politiknya bahawa beliau juga boleh mendedahkan keburukan mereka.
Nazri
Aziz Cabar Mahathir. Beliau berkata demikian selepas dua akhbar
berkaitan Umno melaporkan gaya hidup mewah cucu perempuannya baru-baru
ini.
0 comments