Inilah jawapan UTUSAN mengenai kenyataan Dr. Mashitah Ibrahim di atas:-
Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk mengutarakan pendapat saya secara peribadi mengenai jawapan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim mengenai hukum pelacuran. Dr. Mashitah menjawab soalan Razin dalam ruangan Anda musykil Dr. Mashitah jawab sebuah akhbar mingguan yang mempersoalkan apakah hukumnya ibu tunggal yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak-anak. Adakah anak-anak yang sudah mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa dan apakah hukumnya wang itu dizakatkan?
Dr. Mashitah yang menjelaskan bahawa hukum dikeluarkan berbeza-beza mengikut keadaan. Dalam keadaan biasa beliau menjelaskan bahawa melacur itu tetap haram di sisi Islam. Namun ketika dalam darurat ia dimaafkan. Saya nampak ulasan yang beliau ingin sampaikan bukan bermakna jika keadaan terdesak dan terpaksa perempuan dibolehkan melacur. Sebaliknya hanya dalam keadaan darurat. Contoh paling mudah ialah khinzir di sisi Islam ia haram dimakan namun ketika darurat (tiada langsung makanan) khinzir boleh dimakan.

1 comments
SAlah kenyataan perkataan melacur kan dgn dilacurkan punxreti nk bg jawapan dn penerangan ,bukan ke tahap Dr, melacur dgn niat dan di lacur bukan dgn niat seseorang ( dipaksa ,ditipu ,di aniaya) harap Dr boleh bg penjelasan lebih terang dan jelas
ReplyDelete